Thursday, 25 November 2010

Hari Terakhir


Pada 15.11.10 adalah tarikh yang akan saya ingati untuk selama-lamanya.Hari itu adalah hari berpisahnya saya dengan rakan-rakan dan guru-guru.


Saya amat sedih untuk meningalkan rakan-rakan dan guru-guru saya.Tetapi saya sudah tahu akan hari ini.



Mereka semua ini ialah kawan-kawan baik saya senang cakap ini geng saya.Mereka selalu berada di sisi saya mahupun di dalam keseronokkan atau kesedihan.Mereka inilah yang membantu saya di dalam kesusahan.

Memang susah untuk meningalkan sekolah tetapi apa nak buat memang saya sudah jangka hari ini akan tiba.
Apa-apa pun itu sajalah untuk hari ini.BYE :) Layan.......

Thursday, 11 November 2010

Yeaah 5A

Hari ini saya dapat keputusan UPSR.Pada mula memang berdebar-debar.Lepas itu masa rehat tiba-tiba ada seorang rakan darjah 5 mengucapkan taniah.Saya pun bertanya-tanya "Apa yang sudah terjadi?".Jadi saya bangun basuh tangan dan terus ke dewan.Ada pula seorang guru menghampiri saya dan mengucapkan taniah.

Selapas itu, cikgu pun panggil semua murid masuk dewan lalu cikgu mengumumkan keputusan UPSR.Nama saya pun dipanggil.Saya tersebak apabila mengetahui keputusan saya.Saya terus melompat-lompat kegembiraan.Saya terus ke tandas kerana tidak tahan untuk menahan tangisan.Saya pun bersalaman dengan semua rakan-rakan dan guru-guru saya.Walaupun ada sesetengah rakan-rakan tidak mendapat 5A saya memberikan mereka semangat.

13 calon UPSR telah mendapat 5A.Walau bagaimanapun,taniah kepada semua calon tetapi yang sedihnya dua hari lagi untuk bersekolah.SEDIH :(

Tuesday, 26 October 2010

STRESS!!!!

Hey, sudahlah kena buat banyak project lepas itu kena fikirkan nak buat persembahan apa untuk hari kanak-kanak.Lepas itu, masa MATH Pn.Loo mengajar pasal LSM dahlah kelas bising cakap perlahan macam mana nak dengar.Ada pula budak kelas ini skema sikit dia minta kerja sekolah apa lagi semua budak lelaki pun belasah budak itu.Suka-suka hati minta kerja sekolah kan dah kena kerja.Ahhhh!!!Stress!!!! Tetapi persembahan dan projek yang saya lakukan adalah yang terakhir yang akan saya lakukan di sekolah rendah.Sedihnya nak berpisah dengan rakan-rakan dan guru-guru tetapi macam mana dah memang tahu daripada mula bahawa satu hari saya akan tinggalkan sekolah rendah dan masuk ke alam remaja






Afif faiq98