Thursday 11 November 2010

Yeaah 5A

Hari ini saya dapat keputusan UPSR.Pada mula memang berdebar-debar.Lepas itu masa rehat tiba-tiba ada seorang rakan darjah 5 mengucapkan taniah.Saya pun bertanya-tanya "Apa yang sudah terjadi?".Jadi saya bangun basuh tangan dan terus ke dewan.Ada pula seorang guru menghampiri saya dan mengucapkan taniah.

Selapas itu, cikgu pun panggil semua murid masuk dewan lalu cikgu mengumumkan keputusan UPSR.Nama saya pun dipanggil.Saya tersebak apabila mengetahui keputusan saya.Saya terus melompat-lompat kegembiraan.Saya terus ke tandas kerana tidak tahan untuk menahan tangisan.Saya pun bersalaman dengan semua rakan-rakan dan guru-guru saya.Walaupun ada sesetengah rakan-rakan tidak mendapat 5A saya memberikan mereka semangat.

13 calon UPSR telah mendapat 5A.Walau bagaimanapun,taniah kepada semua calon tetapi yang sedihnya dua hari lagi untuk bersekolah.SEDIH :(

15 comments:

  1. afif..tahniah...anda dah membanggakan ayah dan ibu anda :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Afiq... teruskan langkahmu dengan penuh gaya.. :)

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH!TAHNIAH! SEMOGA AKAN TERUS MAJU DAN BERJAYA...

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH!!!..TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN...DAN TIADA JUGA KEJAYAAN TANPA DIIRINGI OLEH DOA & RESTU DARI AYAH IBU..

    ReplyDelete
  5. Salam Afif ... Auntie ucap TAHNIAH sebab berjaya mengenggam 5A. Bukan senang kan. Semoga terus mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR san SPM nanti. Lama lagi tu, sementara tu Enjoy your life dulu dear ;D

    ReplyDelete
  6. Salam adik Afif..

    Smoga Afif dirahmati Allah swt spjg hidup d dnia n akhirat..

    TAHNIAH Afif! Tahniah krana cmerlang 5A UPSR...

    Aunty harap Afif terus menempa kejayaan n jangan lupa sentiasa memohon doa n keberkatan dr ibu bapa Afif dlm stiap apa yg Afif lakukan.

    T8 care.

    ReplyDelete
  7. tahniah afif!

    smoge jadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat~

    ReplyDelete
  8. Afif,
    Tahniah & semoga kecemerlangan berterusan,, Amin!

    ReplyDelete
  9. Afif..tahniah..kekalkan kejayaan..

    ReplyDelete
  10. Tahniah, teruskan usaha dan selamat maju jaya dalam hidup... dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum, Tahniah Afif. anak makcik pun dapat 5A... semoga kamu menjadi insan yang berjaya di dunia dan diakhirat....

    ReplyDelete
  12. congrats mama hidayahAmin. Terima kasih semua

    ReplyDelete