Thursday 13 January 2011

Masalah Mengajar Adik yang Tidak Mahu Diajar

Ceritanya macam ini pada hari ini saya mengajar adik saya,Muhamad Azard Faez,10 tahun, dia hari ini ada tuision.Jadi selepas tamatnya kelasnya saya pun menanyakan kerja apa yang diberikan oleh cikgunya.Dia memberitahu saya terdapat beberapa soalan matematik jadi saya pun menolongnya,apabila hendak mengajarnya dia membuat beberapa masalah seperti :

1. Bersikap sambil lewa.
2.Tidak menjawab apabila ditanyakan soalan.
3. Malas.
4.Tidak mahu menumpukkan perhatian.
5.Kurang ajar

Itulah beberapa masalah yang perlu saya tangani malam ini.Jadi kepada abang-abang sulung yang diluar sana yang ada adik seperti ini perlulah kita sabar dan meninggikan nada suara bila perlu.


Afif Faiq.......

Saturday 8 January 2011

Sekolah Baruku

Pada tahun ini saya telah naik ke Tingkatan 1.Saya telah mendaftar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.Kini saya di kelas 1 Kiambang bukan lagi di 6 Murni.Guru kelas saya bernama Pn.Amizarina Ismail.Hanya empat pelajar dari SK Taman SEA yang hendak ke sekolah ini,katanya 'tidak ade kenderaan ke situ'.Sebenarya, ade 3-4 van tetapi pelajar yang lain tidak diberitahu tetapi jika pelajar mahu ke sekolah ini,pelajar harus mendapat 5A ataupun 4A 1 B .Jika tidak pelajarpelajar tidak layak ke sekolah ini barangkali sekolah ini adalah Sekolah Kluster atau Cemerlang.Hampir ke semua pelajar tahun 6 tahun lepas pergi ke SMK Taman SEA.Pengetua kami ialah Pn. Hjh Norsham binti Baharudin Pengetua Cemerlang SMKDU.Visi Sekolah kami adalah " Sekolah Unggul Generasi Terbilang" dan misi sekolah " Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti".Itu sajalah yang boleh saya beritahu.




Afif Faiq