Wednesday 9 November 2011

Seronoknya!

         Salam sejahtera.Jadi saya sudah habis sesi persekolahan bagi 2011 pada petang tadi.Sekarang saya sedang menunggu hari yang amat saya nantikan iaitu 18 November 2011 sempena kem pengakap saya (kem usaha).
Ia adalah kem selama 5 hari 4 malam di Templer's Park.Dengar kata, kem ini adalah kem yang paling menyeronokkan.Harap-harap begitulah.
           Pada hari Jumaat ini,saya telah dijemput ke sekolah rendah saya,SK Taman SEA untuk menerima sijil sebagai tanda perhargaan kerana mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.Jadi itu sajalah untuk hari ini.




AFIFTWIJA

Saturday 5 November 2011

1 KIAMBANG THE MOVIE (AFIQ@AFIF).wmv


Hai semua! Ok.Ini adalah video yang dibuat oleh saya dan rakan saya untuk Project ICTL.Enjoy!

Friday 14 October 2011

Ending Of 2011

     Hai semua!Lamanya saya tak update blog ini.Jadi yang petama sekali,saya baru buat akaun Twitter 2-3 bulan yang lepas.Ini username saya, AfifTwija666.Sekarang saya sudah 'ketagih' dengan Twitter.Hari-hari tak sah kalau tak tweet.
    Seterusnya,dalam masa 1 minggu lagi saya akan mulanya peperiksaan akhir tahun.Selepas itu, cuti selama 1 minggu sempena perayaan Depaavali dan disambung dengan peperiksaan hingga hari khamis 2 minggu lagi.Tak sabarnya nak habis exam!Lepas exam,'No Books,Just Party!' Haha.

     Baru hantar projek I.T.Dah dekat 2 bulan baru siap.Saya dan rakan dikehendaki membuat satu video menggunakan Movie Maker .Saya juga baru hantar kerja kursus untuk subjek Kemahiran Hidup iaitu menjahit apron.Dua-dua siap tepat pada masa yang diberi.Alhamdullilah.
     Tahun 2011 akan berakhir tidak lama lagi dan tahun depan saya akan melangkah ke alam kehidupan yang baru.Jadi itu saja untuk hari ini.Asalam dan bye.






AFIFFAIQTWIJA

Sunday 4 September 2011

V-logging VS Blogging!

Salam sejahtera saya ucapkan.Dalam tampalan ini saya ingin bertanyakan  pendapat pembaca diantara V-logging dan Blogging mana satu lebih mudah meluahkan ekspresi diri? V-logging bermaksud video blogging. 

Sila berikan komen.Terima Kasih.

AFIFTWIJA

Sunday 21 August 2011

My Boredom Turns Into Something Great


Semalam,semasa saya tengah dalam kebosanan,saya ternampak sekeping kertas A4 diatas meja saya.Jadi saya mengambil keputusan untuk melukis.Pada mulanya saya tidak tahu apa yang patut saya lukis.Pada akhirnya,saya melukis beberapa character dari cerita animasi 'THE SIMPSONS' dan juga beberapa character cartoon berpandukan emosi.

Inilah hasilnya.......


AFIFTWIJA

Saturday 20 August 2011

I'm Back!!!

Jadi selepas beberapa bulan,saya mengambil keputusan untuk update blog ini.Perkara yang pertama,Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.Moga anda diberkati dan dikasihi Allah S.W.T .
Keduanya,pada malam semalam sekolah saya (SMK Damansara Utama) telah menganjurkan acara berbuka puasa.Saya bersama keluarga serta kawan-kawan berbuka,solat terawikh dan lain-lain bersama-sama.Ia amat menyeronokkan.Lagi-lagi berbuka dengan kawan.



AFIFTWIJA

Saturday 25 June 2011

Hari Sukan SMK Damansara Utama



Pada hari Khamis yang lalu,SMK Damansara Utama telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahun ke-14 di Stadium MBPJ,Kelana Jaya.Saya telah menyertai perbarisan Rumah Ungu.Setelah 2 minggu kami berlatih inilah hasilnya.Klik di sini.Kami telah memperoleh tempat pertama dalam perbarisan.Ini ada beberapa gambar pingat yang diperoleh.













Tuesday 14 June 2011

Hari Yang Agak Hebat di Sekolah

Hi! Jadi macam biasa hari ini saya ada latihan rumah sukan dan Kelab Robotik.Jadi pada akhir sesi latihan rumah sukan guru Rumah Ungu(warna rumah sukan saya),nama beliau Puan Chen.Beliau telah mengajak sesiapa yang mahu mengambil bahagian dalam kawad untuk rumah sukan.
Jadi saya dan beberapa rakan saya telah mengambil bahagian dalam acara ini.Puan Chen memberitahu kami bahawa kami akan membuat latihan pada hari ini bersama pelajar sesi pagi iaitu tingkatan 3,4 dan 5 pada pukul lima petang.Kebetulan pula pada hari ini tiada guru akan mengajar kerana semua guru kena menghantar keputusan ujian pertengahan tahun kami ke Kementerian Pelajaran.
Jadi ramai guru yang sedang sibuk di bilik komputer.Jadi daripada saya duduk dalam kelas tidak buat apa-apa baik buat benda yang berfaedahkan? Tepat pukul lima petang,saya dan rakan sekelas saya,Muhammad Afiq,dan beberapa ahli rumah ungu yang mengambil bahagian bergegas ke padang.
Di situ seorang guru sesi pagi memberi sepatah dua kata.Selepas itu, kami membuat pemanasan badan sebelum kawad takut-takut nanti kaki kejang.Selepas melakukan pemanasan badan kami diarah untuk berbaris supaya boleh memulakan latihan kawad.Kami sangat penat selepas tamat latihan lepas 1 jam 15 minit.Kami pun pulang kelas masing-masing








AFIF TWIJA.

Sunday 5 June 2011

Perhatian!!!

Ok saya kembali, post aku hari ini cuma nak beritahu kamu semua yang kawan baik aku baru buat blog dia.Jadi aku nak sokong jadi kalau senang silalah jenguk blog dia.Klik di sini.Jadi itu sahajalah apa yang saya akan post.









AFIF TWIJA

Tuesday 31 May 2011

Saya sudah kembali!

Hey semua saya kembali lama dah tak update blog ini.Saya sekarang dah 13 belas tahun.Ada sesiapa nak beli kamera? Tidak perlu pergi ke kedai hanya duduk di rumah buka laptop dan layari website ini.Klik di sini. Semua kamera dijual secara online di blog itu,asli tetapi ditawarkan pada harga lebih murah berbanding harga di kedai,selagi stok masih ada.
Jika tidak keberatan silalah layari website itu yang dicipta oleh ayah saya.






AFIF TWIJA

Sunday 20 February 2011

Jalan-Jalan Cari Makan




Semalam saya dan keluarga pergi makan di medan selera,S E-Relax di Sungai Udang,Klang.Sampai sahaja disitu,kami berjumpa dengan uncle bob kawan lama mak saya.



Kami memesan makanan ala-ala barat seperti serloin stik,fish and chips dan sebagainya.Makanan disitu sangat menyelerakan.Sekali cuba pasti nak lagi.





Disitu juga ada replika pondok telefon seperti di London.

Tuesday 1 February 2011

Zaman Kanak-Kanak

Pada umur 12 tahun++ banyak tekanan yang diterima adalah seperti:-

1.Banyak kerja sekolah.
2.Disuruh membuat pelbagai kerja.
3.Selalu ditegur.

Itu sahajalah yang dapat saya kongsikan.

Thursday 13 January 2011

Masalah Mengajar Adik yang Tidak Mahu Diajar

Ceritanya macam ini pada hari ini saya mengajar adik saya,Muhamad Azard Faez,10 tahun, dia hari ini ada tuision.Jadi selepas tamatnya kelasnya saya pun menanyakan kerja apa yang diberikan oleh cikgunya.Dia memberitahu saya terdapat beberapa soalan matematik jadi saya pun menolongnya,apabila hendak mengajarnya dia membuat beberapa masalah seperti :

1. Bersikap sambil lewa.
2.Tidak menjawab apabila ditanyakan soalan.
3. Malas.
4.Tidak mahu menumpukkan perhatian.
5.Kurang ajar

Itulah beberapa masalah yang perlu saya tangani malam ini.Jadi kepada abang-abang sulung yang diluar sana yang ada adik seperti ini perlulah kita sabar dan meninggikan nada suara bila perlu.


Afif Faiq.......

Saturday 8 January 2011

Sekolah Baruku

Pada tahun ini saya telah naik ke Tingkatan 1.Saya telah mendaftar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.Kini saya di kelas 1 Kiambang bukan lagi di 6 Murni.Guru kelas saya bernama Pn.Amizarina Ismail.Hanya empat pelajar dari SK Taman SEA yang hendak ke sekolah ini,katanya 'tidak ade kenderaan ke situ'.Sebenarya, ade 3-4 van tetapi pelajar yang lain tidak diberitahu tetapi jika pelajar mahu ke sekolah ini,pelajar harus mendapat 5A ataupun 4A 1 B .Jika tidak pelajarpelajar tidak layak ke sekolah ini barangkali sekolah ini adalah Sekolah Kluster atau Cemerlang.Hampir ke semua pelajar tahun 6 tahun lepas pergi ke SMK Taman SEA.Pengetua kami ialah Pn. Hjh Norsham binti Baharudin Pengetua Cemerlang SMKDU.Visi Sekolah kami adalah " Sekolah Unggul Generasi Terbilang" dan misi sekolah " Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti".Itu sajalah yang boleh saya beritahu.




Afif Faiq